Berita dan Secangkir Latte
Hari ini di Malaysia, kita menonton berita perang di Iran sambil menghirup secawan latte. Setiap klip, hantaran dan gambar yang muncul di skrin membentuk cara kita memahami konflik — kadang-kadang lebih pantas daripada kemampuan kita berfikir untuk menilai kebenarannya.
Dulu, semasa pencerobohan Iraq oleh Amerika Syarikat pada 2003, akhbar dan TV