Kakatoo-Noéme Signature Jalin Kerjasama Strategik
KUALA LUMPUR, 5 Mac – Noéme Signature melalui kerjasama strategik dengan Kumpulan Kakatoo F&B mempromosikan pelbagai jenis beg keluaran jenama Noéme ke pasaran Malaysia.
Kolaborasi permulaan itu bermula pada 28 Februari menerusi penyertaan Noéme Signature sebagai Penaja Platinum dalam program Malaysia Book of Records “Most Participants Wearing Kebaya in Angku Kuih-Making Workshop” di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Pengasas Noéme Signature, Alyssa Lai dan Pengasas Bersama JC Foo berkata kolaborasi kedua-dua entiti itu menjadi platform signifikan untuk memperkenalkan koleksi pelbagai beg kepada masyarakat pelbagai kaum.
“Sejak awal penubuhan syarikat, kami komited menghasilkan produk yang meraikan warisan budaya tempatan dengan sentuhan kontemporari. Kerjasama ini membuka ruang promosi yang lebih meluas, khususnya sewaktu negara meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Kakatoo mempunyai pelanggan yang menghargai budaya, selari dengan identiti jenama kami. Ini adalah permulaan kepada perancangan jangka panjang untuk mempromosikan rangkaian beg Noéme secara berperingkat di pasaran,” katanya.
Bagi Noéme Signature, penglibatan dalam program berteraskan budaya seperti anjuran Kakatoo bukan sekadar tajaan, tetapi strategi memperkukuh kedudukan jenama sebagai produk tempatan yang mengangkat nilai estetika dan fungsi.
Melalui kolaborasi ini, kedua-dua pihak merancang pelbagai kempen bersama termasuk promosi silang, acara bertema kebudayaan serta pelancaran koleksi khas bersempena musim perayaan dan sambutan nasional.
Bersempena acara itu, Noéme Signature turut memperkenalkan Siri “Nyonya”, koleksi tote bag eksklusif yang ditawarkan melalui pra-tempahan khas kepada pelanggan Kakatoo.
Dengan harga antara RM199 hingga RM250, koleksi ini menyasarkan wanita moden yang mahukan gabungan gaya dan praktikalitas pada harga berpatutan.
“Kami percaya konsep ‘lipstick effect’ masih relevan, kami memastikan harga kekal mampu milik tanpa mengorbankan kualiti dan eksklusiviti,” jelas beliau.
Alyssa Lai dan JC Foo yang mempunyai pengalaman luas dalam industri fesyen menjelaskan pembangunan koleksi sulung Noéme mengambil masa hampir setahun melibatkan kajian pasaran, ujian kualiti serta perbincangan dengan pengeluar.
Dua segmen utama menjadi fokus jenama ini:
- Generasi muda berjiwa aktif dan dinamik
- Wanita bekerjaya serta ibu yang memerlukan keseimbangan fungsi dan gaya“Falsafah kami mudah — anda adalah keutamaan, bukan beg. Noéme sekadar melengkapkan keperibadian dan gaya individu,” katanya.
JC Foo berkata beg Noéme boleh didapati di Quill City Mall Kuala Lumpur manakala platformdalam talian sedang dibangunkan. Konsep pop-up store di lokasi tumpuan pelancong juga dalam perancangan.
Noéme Signature optimis untuk muncul sebagai antara jenama beg tempatan pilihan rakyat Malaysia.
“Fashion We Care, Noéme Be There,”
kata Alyssa, yang menegaskan komitmen jenama Noéme dalam menghasilkan fesyen yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga mengambil kira keselesaan dan keperluan wanita dalam kehidupan seharian.
Noéme Signature optimis untuk muncul sebagai antara jenama beg tempatan pilihan rakyat Malaysia. “Fashion We Care, Noéme Be There.”


Comments ()