Cakar Ayam

Jemputan menulis. KLik Sini > gegakgempita.com

🎉 New Year in loading…

Akademi Senaman & Silat Melayu Menganjurkan Kursus Profesional Berasaskan SKM

Akademi Senaman & Silat Melayu Menganjurkan Kursus Profesional Berasaskan SKM

Akademi Senaman & Silat Melayu akan menganjurkan kursus Senaman Tua Tahap 1 hingga Tahap 4, Kursus seni beladiri Tahap 3 serta Kursus Tari Seni Pedang bagi tahun 2026. Kursus-kursus anjuran Akademi Senaman & Silat Melayu merupakan program latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia.

Program latihan menerapkan kaedah tradisional Melayu yang menumpukan kepada pengurusan tubuh, pencegahan, kecergasan dan pemulihan manakala Kursus Seni Bela Diri dan Kursus Tari Pedang ini memberi penekanan kepada seni gerak langkah, koordinasi serta aplikasi seni tangan dan penggunaan pedang secara berdisiplin dan selamat.

Peserta layak menerima sijil untuk setiap kursus yang disertai. Mereka yang telah melengkapkan tahap-tahap kursus yang ditetapkan juga berpeluang untuk menjadi tenaga pengajar serta dialu-alukan untuk membuka kelas sendiri sebagai sebahagian daripada usaha mengembangkan seni warisan Melayu ini.

Kursus-kursus ini adalah di bawah Sistem Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), serta membuka laluan ke peringkat pengajian lebih tinggi.

Program ini bukan sahaja memberi penekanan kepada aspek fizikal, malah turut membentuk disiplin diri, fokus mental serta pemahaman terhadap nilai seni dan budaya Melayu. Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, peserta akan mengikuti latihan secara sistematik mengikut modul SKM yang diiktiraf.

Sila rujuk poster berkaitan untuk maklumat lanjut.

\

Maklumat Kursus

Kursus Senaman Tua Tahap 3

📅 2 – 3 Mei 2026 ⏰ Sabtu: 9.00 pagi – 5.00 petang ⏰ Ahad: 9.00 pagi – 3.00 petang 💰 Yuran: RM300 seorang (termasuk sijil penyertaan & nota SKM Tahap 3)


Kursus Senaman Tua Tahap 4

📅 18 – 19 April 2026 💰 Yuran: RM700 seorang (termasuk sijil penyertaan & nota)

Syarat: Perlu memiliki sijil sah Tahap 1, 2 dan 3


Kursus Tari Seni Pedang

📅 23 Mei 2026 ⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang 💰 Yuran: RM150 seorang

Kandungan Kursus:

  • 13 Seni Teras
  • 3 Seni Tari Teras
  • Tari Selangkah Guru (Pedang latihan disediakan)

Kursus Kemahiran seni bela diri

📅 02-03 Mei 2026 ⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang 💰 Yuran: RM400 seorang


Kursus Senaman Tua Tahap 1&2

📅 25-26 April 2026 ⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang 💰 Yuran: RM150/Peserta Tahap 1/RM300/peserta Tahap 2


📍 Lokasi Semua Kursus: No. 6-1, Jalan 5/6A, Taman Setapak Indah, 53300 Setapak, WP Kuala Lumpur


Tenaga Pengajar

  • Pendita Profesor Azlan Ghanie
  • Cikgu Faizal Mansor

Penyertaan & Pembayaran

Bayaran boleh dibuat ke: Maybank: 562740110097

Sila sertakan:

  • Nama penuh
  • No. kad pengenalan
  • Bukti pembayaran

Hantar resit bayaran melalui WhatsApp: 📞 018-404 4471 (Prof Azlan Ghanie) 📞 019-283 8899 / 019-311 6960